Jom Membongkar Idea, Strategi Dan Teknik Bagi Meningkatkan Jualan Lebih Cepat Dan Mudah.
Buku ini bertujuan memberikan panduan tentang cara menjadi lebih produktif dalam bidang jualan yang kita ceburi 😍
.
Kita juga dapat belajar cara meningkatkan jualan serta pendapatan dengan dua, tiga malah empat kali ganda dalam jangka masa beberapa bulan sahaja!
.
Buku ini adalah versi teks yang ditulis daripada program pita rakaman mengenai jualan yang bertajuk The Psychology of Selling yang terbukti berjaya pada peringkat antarabangsa
.
Berminat untuk mendapatkan buku ini?
SINOPSIS
Diejek, dipandang serong & dimaki, itu adalah cabaran biasa bagi seorang jurujual.
Ada juga ejen jualan yang meluangkan masa berhari-hari untuk meyakinkan pelanggan, namun akhirnya pelanggan menyepi dan tidak membeli.
Namun, ada juga jurujual yang seolah-olah mempunyai kuasa ajaib. Jualannya sentiasa naik dan pelanggan membeli tanpa henti.
Aura mereka memang hebat, seolah-olah mereka ini mampu menjual ais kepada orang Eskimo dan mampu menjual pasir kepada orang Arab.
Apakah beza antara jurujual yang cemerlang dengan jurujual yang kecundang?
Buku The Psychology Of Selling ada jawapannya.
Ini adalah buku bestseller sepanjang zaman & dianggap sebagai rujukan utama dalam bidang jualan. Brian Tracy adalah jurujual profesional yang dianggap sebagai legenda.
Buku ini berkongsi idea, teknik & strategi untuk menjual dengan lebih pantas & lebih senang. Prinsip jualan dalam buku ini bersifat universal dan sesuai sepanjang zaman. Lebih menarik, ia sesuai dipraktikkan dalam pelbagai bidang jualan sama ada jualan langsung, e-commerce, perundingan atau profesional.
Ditulis pada tahun 2006, teknik dalam buku ini sudah teruji dan terbukti berkesan sehingga sekarang.
Tingkatkan jualan anda lebih cepat dan mudah daripada apa yang anda sangkakan. Kejayaan pasti menjadi milik anda! Itulah janji yang sentiasa dipenuhi oleh Brian Tracy berulang-ulang kali. Makin ramai wakil jualan menjadi jutawan selepas mendengar dan mempraktikkan idea-idea beliau.
Buku ini wajib dimiliki oleh para usahawan, pemilik bisnes, pengurus, eksekutif jualan, perunding kewangan, ejen takaful, jurujual dan individu yang mahu meningkatkan jualan masing-masing.